Apa itu Magnesium Flakes?




Garam Magnesium Flakes

Kepingan magnesium Elementz mempunyai kepekatan tertinggi magnesium klorida murni (47% MgCl2) yang tidak boleh didapati dimana-mana. Ia diperolehi daripada dasar laut purba Zechstein di utara Eropah yang terletak 1,600m sehingga 2,000m di bawah tanah, di mana ia telah dilindungi selama 250 juta tahun. Magnesium Flakes adalah sumber yang sangat baik magnesium dan trace minerals ; kedua-dua tulen dan mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah. Magnesium Flakes Elementz adalah sangat bermanfaat apabila digunakan di dalam tab mandi atau rendaman kaki. Apabila digunakan transdermally atau melalui sentuhan kulit, magnesium klorida diserap pantas, dengan itu cepat meningkatkan tahap magnesium dalam badan. Kesan ini bukan sahaja boleh mengembalikan tahap magnesium yang sihat seluruh badan, tetapi dengan itu boleh menyediakan tubuh dengan semua faedah yang boleh diperolehi dengan mempunyai tahap deposit simpanan magnesium yang lebih tinggi.

Menurut Daniel Reid, pengarang buku The Tao of Detox, magnesium klorida adalah bentuk yang paling mudah diserap dan digunakan untuk mendapatkan magnesium bagi tujuan metabolik dalam sel-sel tubuh manusia. Magnesium klorida adalah bentuk semula jadi magnesium yang terdapat di dalam air laut. Manfaat yang terhasil daripada rendaman kaki atau badan dengan kepingan magnesium sangat banyak. Ia termasuk melegakan sakit-sakit badan; peningkatan tenaga, sokongan sistem kardiovaskular (magnesium menjadi pemberi nutrisi semulajadi otot dan juga sebagai muscle relaxant), menyokong proses detoksifikasi, menyokong fungsi-fungsi otak, peningkatan mood dan pengurangan tekanan dari ketegangan yang berkaitan, sokongan untuk kulit yang sihat dan beberapa faedah yang lain.

Ia sangat membantu untuk menenangkan 'saraf' dan mengurangkan tekanan badan secara sistemik. Magnesium yang diserap melalui mandi akan disasarkan ke tisu otot (iaitu, ia pantas diserap oleh otot) menjadikannya amat berguna untuk menambahkan semula tisu lembut yang telah habis dan membantu memulihkan fungsi sebenar yang telah hilang akibat kekurangan peringat deposit magnesium yang mencukupi. Tambahan pula, kalsium dan magnesium saling memerlukan antara satu sama lain bagi membantu untuk mengatasi kalsifikasi atau kondisi kalsium berlebihan di dalam otot anda, organ-organ, tisu-tisu dan lain-lainnya

Serapan melalui sentuhan dengan kulit atau transdermal membolehkan badan untuk menyerap sebanyak mana magnesium yang dikehendaki. Tidak seperti suplement magnesium yang dicirikan oleh had tertentu ke atas kadar dan jumlah pengambilan dan asimilasi - magnesium yang diserap melalui kulit melalui mandian badan atau rendaman kaki (secara transdermal) boleh secara cepat dan berkesan meningkatkan tahap magnesium di tisu (dan selular) dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan melegakan otot.

Mereka yang sering mengamalkan rendaman magnesium akan mengalami tidur yang nyenyak, lebih berkemampuan menangani stress dan mempunyai minda yang tenang.

Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.