Sunday 4 March 2018

Apakah Zat Gizi Unsur Surih Magnesium?

Magnesium adalah unsur kimia bersimbolkan Mg. Ia merupakan salah satu dari 7 jenis zat galian utama (makro). Kadar yang banyak diperlukan oleh tubuh.

'National Institutes of Health Office of Dietary Supplements', menganggarkan secara purata 25 gram  Mg dalam tubuh. 50-60% darinya tersimpan dalam tulang dan sistem kerangka. Bakinya dalam sel-sel tisu dan organ tubuh. Hanya 1% Mg terdapat dalam darah.

Mg juga berperanan sebagai electrolyte. Electrolyte adalah zat galian dalam darah dan cecair tubuh yang menyalurkan tenaga letrik. Electrolyte memelihara tenaga letrik yang sihat pada sistem kolloid tubuh, termasuk darah. Ia menyalurkan arus letrik negatif kepada sel-sel darah merah, memisahkannya bagi memelihara fungsi maksima. Electrolyte mempengaruhi jumlah air dalam tubuh, tahap asid-alkalin darah (pH), fungsi otot, dan berbagai proses lain. Electrolyte akan hilang melalui keringat/peluh, tetapi kembali hadir melalui minuman. Mg bersifat alkalin.

Mg adalah unsur ke-11 terbanyak, dan zat gizi ke-4 terbanyak yang terdapat dalam tubuh manusia. Ia terlibat dalam pelbagai aspek kesihatan.

Fungsi Magnesium

Mg adalah zat galian yang mustahak kepada semua sel-sel hidup.

Mg diperlukan oleh lebih dari 700 hingga 800 sistem enzim. Ia bertindak sebagai faktor gandingan kepada enzim-enzim untuk mampu berfungsi bagi melaksanakan pelbagai tindak-balas biokimia dalam tubuh, yang merangkumi, antaranya:

❄penyerapan dan pengedaran zat-zat gizi seperti kalsium dan potassium.
❄metabolisma karbohaidrat, lemak, protein, dan penghasilan tenaga kepada sel-sel.
❄pengawalan gula (glukos) dalam darah, tekanan darah.
❄penghasilan ATP (adenosine triphospate), penghantaran isyarat, penghasilan protein dan DNA (Deoxyribo Nucleic Acid), RNA (Ribo Nucleic Acid).
❄meransang pembinaan sel-sel, tisu-tisu lembut, otot, tulang dan gigi, terutama paru-paru dan sistem saraf, ‎dan membantu membina serum darah/albumin.
❄pengurusan fungsi sel, otot dan saraf.
❄mengutuhkan sistem kekebalan, penghasilan anti-oksidan glutathione, dan terlibat dalam proses nyah-toksin. 
❄menyihatkan fungsi penghadaman.
❄Anti-stres, pencegah pembinaan kalsium berlebihan, batu karang dalam ginjal dan hempedu.