Magnesium Oil Secara Sapuan (Transdermal)


APAKAH ITU TRANSDERMAL ?
Transdermal bermaksud, serapan melalui kulit

Elementz Magnesium Oil sangat cekap diserap oleh kulit anda. Ia diserap terus oleh sel-sel anda tanpa perlu melalui sistem pencernaan anda. Tiada had untuk berapa kali atau berapa banyak Magnesium Oil boleh digunakan untuk kulit anda kerana badan anda akan menyerap dan menggunakan apa yang diperlukan sahaja manakala yang lain akan dibiarkan dan dikeluarkan melalui perkumuhan. [1]

MO BERASA MELEKIT? TIDAK SELESA?
Ia boleh digunakan di mana-mana bahagian kulit anda dan jika anda tidak suka perasaan selepas disapu, ia boleh dicuci atau dihilangkan 20-30 minit selepas sapuan. Elementz Magnesium Oil mempunyai kualiti sebagai pelembab; OLEH YANG DEMIKIAN ramai orang memilih untuk membiarkan sahaja untuk membiarkan biarpun berasa sedikit melekit.

SAPU SELEPAS MANDI
Salah satu kaedah yang paling mudah dan paling bermanfaat untuk sapuan  Elementz Magnesium Oil adalah selepas mandi disaat kulit anda sedang basah, kemudian biarkan badan kering dengan sendirinya. Menggunakan minyak magnesium selepas mandi memaksimumkan manfaatnya kerana anda menghilangkan kotoran, minyak, asid dan unsur-unsur lain dan penyerapan dioptimumkan.

DIMANA HENDAK SAPU?
Ketika menyapu Elementz Magnesium Oil harus berhati-hati, biasanya kami menyuruh pelanggan kami untuk menyapunya ke tempat yang mana kulit agak tebal seperti tapak kaki. 3 titis sekali aplikasi. Kemudian sasarkan ke kawasan kulit anda yang nipis jika sudah biasa. Titiskan satu drop pda setiap bahagian dan gosok perlahan-lahan : di belakang telinga anda, bawah lengan, siku dalaman, di belakang lutut, bahagian atas tangan dan bahagian atas kaki anda. Jika pedih, cuba gosok di tapak kaki dahulu utk seminggu kemudian baru naik ke bahagian atas kaki anda

Untuk sakit-sakit badan: sasarkan awasan-kawasan tertentu dan sapukan beberapa titik ke dalam setiap kawasan yang terjejas.

[1] Mildred S. Seelig, M.D., MPH, ‘The Magnesium Factor’, (2003: Avery,  New York) p.55

Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.